Wednesday, January 13, 2010

Gaza di bom setiap hari - Dr.M

Rate This
Quantcast

American F-16's used by Zionists wreak havoc in Gaza

This is why Mesir are eF

Gaza terus dibom setiap hari - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tentera Israel masih menyerang dan mengebom Gaza walaupun masyarakat dunia diberitahu serangan terhadap wilayah itu telah dihentikan sejak setahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pasukan Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana dari Malaysia yang menyertai konvoi antarabangsa Viva Palestina bagi menghantar bantuan kepada penduduk di Gaza, baru-baru ini.

"Ketika berada di sana, pasukan itu mendapati tentera Israel masih meneruskan serangan terhadap penduduk Gaza dengan melakukan pengeboman setiap hari.

"Inilah perkara yang kita semua tidak tahu. Kita ingat tentera Israel telah berhenti menyerang Gaza sejak setahun lalu," katanya di dalam blog http://chedet.co.cc.

Beliau berkata demikian bagi mengulas situasi di wilayah bergolak itu selepas kepulangan sembilan rakyat Malaysia yang menyertai konvoi Viva Palestina tersebut.

Mereka yang terdiri daripada empat anggota Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana, empat petugas Bernama TV dan seorang wakil Yayasan Al Bukhari merupakan sebahagian daripada 450 anggota konvoi antarabangsa itu.

Konvoi tersebut sebelum ini berdepan cabaran apabila dihalang Kerajaan Mesir daripada memasuki sempadan Gaza bagi menghantar bantuan kemanusiaan berkenaan.

Dr. Mahathir berkata, serangan-serangan tersebut disasarkan ke tempat-tempat awam seperti universiti, hospital dan bangunan pentadbiran yang menyerlahkan niat sebenar Israel.

Beliau berkata, situasi yang berlaku terhadap penduduk Gaza itu menunjukkan bahawa dunia sudah tidak mempedulikan penderitaan mereka.

"Kononnya, masyarakat dunia tidak mahu mengambil tahu mengenai kesengsaraan rakyat Palestin itu.

"Ia sudah dianggap sebagai satu perkara normal dan mereka tidak layak lagi mendapat perhatian atau simpati," katanya.

Walaupun begitu, pasukan misi bantuan itu memberitahunya, penduduk Gaza tetap bersemangat untuk meneruskan kehidupan mereka.

"Mereka segera membersihkan semua kemusnahan itu. Mereka juga cuba menjaga kebersihan di semua kawasan yang terjejas," katanya.

No comments:

Post a Comment