KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat negara Barat tidak boleh mengkritik Malaysia berhubung isu kalimah Allah kerana mereka juga dianggap tidak demokratik kerana sering memperlekehkan Islam.
Dr Mahathir berkata, negara Barat tidak perlu menjadikan isu kalimah Allah untuk dijadikan bahan untuk menyelar Malaysia kerana sesetengah negara Barat melakukan layanan tidak baik pada Islam.
“Switzerland tidak membenarkan menara masjid didirikan, manakala Perancis tidak membenarkan tudung dipakai... pendapat saya mereka yang tidak demokratik,” katanya pada sidang media selepas majlis perjanjian antara Petronas Lubricants International dengan Proton Holdings Berhad, di sini, semalam
Dr Mahathir juga menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, yang dikatakan mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi.
“Ada macam kekeliruan di sini, kerajaan kata mereka tunggu keputusan Mahkamah Rayuan manakala di pihak lain, Nazri dilihat melangkaui urusan mahkamah dengan berkata ada negeri yang boleh guna perkataan Allah,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment