Tuesday, January 12, 2010

Dr M kongsi rahsia kejayaan projek Plus





PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berkongsi rahsia di sebalik kejayaan pembinaan projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) pada Pameran dan Persidangan Lebuh Raya Antarabangsa Plus (Piece) 2010 di Kuala Lumpur, pada 5 hingga 7 April ini.

Pengerusi Piece 2010 merangkap Pengarah Urusan Plus Expressway Berhad, Noorizah Abd Hamid, berkata Dr Mahathir yang mencetuskan idea pembinaan lebuh raya itu dijemput menjadi penceramah kehormat pada pameran dan persidangan berkenaan.

“Dr Mahathir mempunyai urusan di Bosnia ketika pameran dan persidangan berlangsung tetapi beliau sudah menyatakan persetujuan berkongsi pengetahuan dan pengalamannya dengan peserta menerusi sidang video khas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran rasmi pameran dan persidangan itu bertemakan ‘Lebuh Raya Abad Ke-21: Mencorak Masa Depan’ di Menara Korporat Plus, Persada Plus, di sini semalam. Majlis itu disempurnakan Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Yong Khoon Seng.

No comments:

Post a Comment